Plot Die Mitte der Welt

Phil berusia 17 tahun itu kembali dari kem musim panas dan kembali ke rumah lama 'Visible' di mana dia tinggal bersama ibunya, Glass, dan kembarnya, Dianne. Mereka kurang berhubung dengan penduduk kampung yang lain; mereka menganggap keluarga Phil pelik dan Dianne dikatakan boleh bercakap dengan haiwan. Namun, mereka selalu dilawati seorang peguam, Tereza, yang selalu memberi nasihat kepada Phil. Phil menyedari sesuatu telah berubah antara ibunya dengan Dianne dan mereka tidak bercakap antara satu sama lain. Phil gemar menghabiskan cuti musim panasnya bersama Kat, teman baiknya. Apabila sesi persekolahan bermula, Nicholas yang dilihat misteri memasuki kelas. Phil berasa tertarik kepada Nicholas dan kemudian mereka bercinta, walaupun adakala perasaan Phil berubah-ubah kerana dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh Nicholas tentang dirinya. Persabahatan antara Phil dengan Kat dilanda ujian.